WhatsApp Perkenal Versi Web
Aplikasi permesejan popular WhatsApp kini memperkenalkan khidmat menghantar pesanan menerusi pelayar web yang membolehkan pengguna untuk log masuk ke WhatsApp menerusi komputer mereka.
Cara Penggunaan
Anda hanya perlu mengimbas kod QR yang telah dipaparkan menerusi telefon pintar anda melalui pelayar web Google Chrome sebelum digunakan.
Selepas mengimbas, anda secara automatik akan log masuk ke WhatsApp Web, dan segala perbualan boleh turut diakses melalui web termasuk gambar yang dikongsikan melalui WhatsApp.
Buat masa ini, aplikasi WhatsApp Web hanya menyokong BlackBerry, Android dan juga Windows Phone. Menurut pihak WhatsApp, pengguna iOS tidak boleh digunakan buat masa ini kerana had yang ditetapkan oleh pihak Apple pada platform mereka.