September 16, 2019

Select your Top Menu from wp menus
Envato ad
Envato ad
WE ARE HIRING!
Writers Wanted On TrueStoryDotMy

Assalamua’alaikum dan salam sejahtera.

Kami daripada True Story Network ingin menawarkan kerja kepada sesiapa yang berminat dan serius sahaja.

Ciri-Ciri Penulis Yang Dikehendaki :

  • Lebih baik jika anda tidak mempunyai kerja tetap yang lain kerana kami bimbang kerja anda yang sedia ada akan mengganggu komitmen anda untuk menulis di TrueStory.My.
  • Mempunyai penggunaan Bahasa Melayu yang tinggi dan kosa kata yang bagus untuk menulis di dalam kategori artis, isu semasa, teknologi dan lain-lain di dalam Malaysia mahupun luar negara.
  • Lebih baik jika anda berpengalaman di dalam CMS WordPress.
  • Dapat memberikan komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan kerja anda pada waktu yang ditetapkan.
  • Selalu ‘alert’ dengan perkembangan isu semasa yang terkini.
  • Boleh menulis sekurang-kurangnya 3 artikel dan tidak melebihi 6 artikel sehari.
  • Boleh menulis mulai jam 8.00 pagi, dan waktu untuk post 3-6 artikel tersebut adalah pada lingkungan 8.00 pagi sehingga 1 petang. (Jika anda menyiapkan kerja lebih awal, anda boleh berhenti bekerja sebelum pukul 1 petang.)
  • Tiada cuti yang akan diberikan kecuali hari yang betul-betul dianggap penting untuk bercuti. (Contohnya Hari Raya, kecemasan dan lain-lain yang dianggap munasabah.)
  • *Anda perlu menambah post baru selepas pukul 2 petang bergantung kepada situasi.

Garis Panduan Untuk Menulis :

  • Anda boleh mengambil berita dari website-website yang lain tetapi kandungan perlulah diubahsuai 100% terlebih dahulu. (Kandungan tidak dibenarkan 100% copy paste)
  • Menulis dengan menggunakan kosa kata yang betul dan jelas.
  • Gaya penulisan mestilah professional dan ayat yang dibuat mestilah seperti di dalam surat khabar ataupun majalah.

Bayaran :

  • Bayaran akan diberikan mengikut jumlah artikel yang ditulis.
  • Tangga gaji boleh menaik dan menurun tanpa notis mengikut kualiti penulisan dan komitmen anda. Jika penulisan semakin bagus, tangga gaji akan menaik. Tiada jaminan bila tangga gaji akan dinaikkan. Anda perlu buat yang terbaik dalam penulisan dan komitmen anda.
  • Bayaran akan dibuat pada setiap awal bulan dalam lingkungan 1 haribulan sehingga 15 haribulan. (Normally 1hb to 7hb)
  • Jika anda tidak memberikan komitmen, kerjasama atau tidak mengikuti peraturan, artikel-artikel yang ditulis tidak akan dibayar pada awal bulan yang berikutnya.

Tangga Gaji :

Tangga gaji 1 – Maksimum RM400/sebulan (permulaan)
Tangga gaji 2 – Maksimum RM600/sebulan
Tangga gaji 3 – Maksimum RM800/sebulan
Tidak mustahil tangga gaji akan dinaikkan lagi ke tangga gaji ke-4 jika gaya penulisan sangat memuaskan dan dapat menarik perhatian pembaca.
Anda akan dinilai dari segi komitmen, kualiti penulisan, kerjasama dan kebolehan anda sebelum anda dinaikkan tangga gaji.

Jika berminat, anda boleh hubungi kami melalui borang di bawah ini.