Suasana Pelacuran Sekitar Kawasan Lampu Merah Di Jakarta – Daerah lampu merah merupakan sebahagian daripada sesebuah kawasan perbandaran di mana tertumpunya aktiviti pelacuran serta perniagaan berasaskan seks termasuklah kelab bogel, rumah urut, dan sebagainya. Istilah tersebut berasal daripada lampu merah yang digunakan untuk menandakan sesebuah rumah lacur.




Daerah lampu merah yang dikatakan paling terkenal ialah De Wallen di Amsterdam, Belanda. Di Malaysia, kawasan yang sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah ialah kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur, terutamanya berhampiran Lorong Haji Taib. Negara yang paling banyak dikaitkan dengan daerah lampu merah serta aktiviti pelacuran ialah Belanda dan Thailand, tetapi terdapat banyak lagi bandar raya utama lain di seluruh dunia yang memperoleh reputasi antarabangsa sebagai daerah lampu merah, walaupun selalunya tanpa pengiktirafan rasmi.










Di Indonesia, pelacuran seperti biasa juga diharamkan di negara Indonesia tetapi kawasan ini merupakan satu kawasan tumpuan pelancong di Jakarta. Kerajaan di sana juga seolah-olah tidak mengambil peduli dan membiarkan tempat ini diteruskan operasinya. Lagi memeranjatkan, di sana terdapat kira-kira 30% pelacur di bawah umur. Mereka dipaksa melacur setelah ditipu mendapatkan kerja di bandar atau dijual oleh sanak saudara lelaki mereka.