Siri Cerpen Mingguan : Cintaku Cintamu

Pendahuluan

Cinta, satu perasaan yang tidak boleh digambarkan keindahannya. Pabila hati dipenuhi dengan cinta, jiwa dapat merasakan kasih sayang yang abadi. Ibarat seorang penari  diiringi dengan alunan muzik indah penuh dengan bait-bait cinta.

Bahagian 1

Melissa, seorang wanita yang berjaya dalam perniagaannya walaupun baru berusia dua puluh enam tahun. Ramai yang tidak menyangka bahawa, seorang wanita boleh berjaya dalam industri automotif namun itu semua hanya tanggapan semata-mata.

Wajahnya jelita, menjadi idaman semua mata yang melihatnya. Rambutnya ikal mayang, berwajah bujur sirih dan kulitnya putih dan mulus. Namun disebalik kejelitaanya itu, beliau dikenali dengan perwatakkan yang tegas serta sedikit angkuh dengan orang bawahan.

Satu hari, ketika hendak keluar dari pejabat atas urusan penting pada waktu terakhir, dia terlanggar seorang pemuda yang tinggi lampai orangnya.

“ Maaf puan, saya tak sengaja”  kata pemuda tersebut.

“ Puan? Tepilah sikit orang nak cepat ni” lalu menyusur keluar ke kereta mewah  di ruang parkir utama.

Tanpa dia sedari pertemuan ini akan mengubah hidupnya.

Pada keesokan paginya, setiausaha Melissa telah memberitahunya bahawa seorang pembantu peribadi telah diambil bekerja dan dia akan bermula pada pagi ini. Sebelum ini, beberapa pembantu peribadi telah dipecat oleh Melissa kerana mereka tidak dapat menepati cara beliau.

“Tuk..tuk!” bunyi pintu diketuk.

“Masuk” arah Melissa.

“Selamat pagi Cik”

Alangkah terkejutnya Melissa apabila melihat seorang jejaka yang dia tidak sangka akan bekerja dengannya.

“Awak?” sambil menunding jari ke pemuda tersebut.

Rupa-rupanya pemuda semalam yang melanggarnya itu, adalah pembantu peribadinya. Berpakaian kemas, dengan berkemeja biru berserta tali leher hitam dan berseluar hitam.

biz woman - Siri Cerpen Mingguan : Cintaku Cintamu

Melissa terpaku seketika, beberapa saat kemudian dia meminta pemuda tersebut menjelaskan beberapa perkara seperti asal usulnya. Pemuda tersebut berasal dari sebuah kampung yang terletak di Kedah, beliau merupakan anak seorang pekerja di sawah padi. Walaubagaimanapun, pemikiran dan pandangan pemuda tersebut sangat bijak dan ringkas. Hidup dalam kemiskinan bukan satu alasan untuk beliau terus berusaha dengan gigih, dan usaha tersebut terbayar apabila beliau ditawarkan untuk sambung belajar dalam bidang perniagaan dan pengusahaan pertanian di sebuah universiti tempatan.

“ Awak mempunyai latar belakang yang menarik, tetapi kenapa awak memohon untuk menjadi seorang pembantu peribadi, sedangkan awak mempunyai kelayakkan yang lebih tinggi? “. Soal Melissa kepada Adam.

“ Kerana saya ingin menjaga ibu saya, ibu saya sakit dan sekarang dia berada di sini di Kuala Lumpur, saya ingin menjaga dia  kerana masa untuk dia hidup tidak lama lagi. Ayah saya sudah meniggal dunia tidak lama dahulu. Iya, saya mempunyai kelayakkan yang tinggi, bohonglah kalau saya tiada niat untuk membuka perniagaan saya sendiri, tapi keutamaan saya sekarang adalah ibu saya” balas Adam dengan senyuman.

Melissa terdetik seketika, seumur hidupnya belum lagi dia bertemu dengan seorang pemuda yang begitu sopan.

Adakah tembok yang terbina di dalam diri Melissa akhirnya ditembusi? Adakah Adam dapat mengubah pandangan Melissa? Nantikan sambungannya di bahagian ke 2 Siri Cerpen Mingguan.