Siri Cerpen Mingguan: Cintaku Cintamu Bahagian 2

Bahagian 2

Esoknya, selepas menghadiri beberapa mesyuarat,  Adam menyapa bosnya itu yang sedang duduk seorang diri di pejabat.

“ Cik, termenung sorang-sorang nampak ”

“ Ish, mana ada merepek je lah awak ni. Saya ni cuma bosan”

“ Bosan?. Erm, cik ni rajin sangat bekerja sampai tiada masa untuk diri sendiri. Maaf, boleh saya tahu jika cik ada waktu lapang pada hujung minggu ni? “

“ Rasanya tak ada apa-apa urusan yang perlu saya hadiri. Kenapa? ”

“ Tiada apa-apa.” Kata Adam sambil tersenyum

Selepas pulang ke rumah, Melissa terus menyegarkan dirinya dan berehat. Kedengaran bunyi dari telefon bimbitnya. Sebuah mesej pesanan ringkas di hantar oleh Adam.

“ Salam, maaf saya menggangu cik pada waktu malam begini, saya sebenarnya mahu membawa cik keluar pada esok pagi, itupun kalau cik sudi. Hehe… Saya tunggu cik esok di depan rumah jam 9 pagi.”

Melissa tersenyum membaca SMS tersebut, terdapat satu perasaan yang sukar untuk digambarkan didalam hatinya.

Tepat jam 9 pagi Adam tiba, lalu Melissa menaiki kereta Adam ke destinasi dia sendiri tidak tahu. Setibanya di sana, Melissa agak hairan apa tujuan mereka ke situ. Ke sebuah rumah anak-anak yatim.

“ Kenapa kita datang sini Adam. Saya ingat awak nak bawa saya pergi jalan-jalan tapi kenapa kita ke sini pula?” tanya Melissa kebingungan.

“ Sini lah tempat paling seronok, harini ada macam-macam aktiviti tau cik” balas Adam.

Melangkah masuk ke rumah anak-anak yatim tersebut, Melissa  dapat lihat sebuah poster tertulis ‘ Hari Mesra Kasih Rumah Anak Yatim Baitul Islamiah’. Kini, barulah beliau tahu kenapa Adam membawanya ke sini.

Mendekati anak-anak yatim tersebut, dengan tidak disangka dapat mengukir tawa di hati Melissa. Dia kelihatan rajin melayan kerenah anak-anak disitu. Dari aktiviti melukis, bermain, membaca dan lain-lain.

“ Macam mana cik?” kata Adam sambil duduk di sebelah Melissa

“ Saya rasa tenang berada disini, anak-anak ni walaupun diorang ni tidak beribu bapa tanpa keluarga, mereka tetap kelihatan riang.  Malah mereka juga dapat membuat orang lain ketawa”.

“ Mereka ni salah satu anugerah terindah Tuhan cik” jawab Adam.

“ Memang benar kata awak, tempat ini memang seronok. Terima kasih Adam.”

“ Sama-sama cik”

happy - Siri Cerpen Mingguan: Cintaku Cintamu Bahagian 2

Sepanjang malam, Melissa merasa tenang dan gembira. Dia merasakan Adam seorang lelaki yang baik, sikapnya sahaja ketika berada di rumah anak-anak yatim tadi sungguh baik hati. Sejujurnya, Melissa mula sukakan Adam namun dia tidak pasti apakah ini cinta atau sebaliknya.

Ingin tahu kisah selanjutnya? Jangan lupa ikuti siri cerpen mingguan pada minggu hadapan. Perubahan akan berlaku kepada Melissa dan satu perkara tragis akan berlaku. Sama-sama kita nantikan