November 20, 2019

Select your Top Menu from wp menus
Envato ad
Envato ad

Review Filem Tom Yum Goong 2

tyg 765x510 - Review Filem Tom Yum Goong 2

Tom Yum Goong 2 merupakan sekuel bagi filem Tom Yum Goong yang berasaskan seni mempertahankan diri daripada Thailand. Filem ini, telah diarahkan oleh pengarah filem terkenal Thai Prachya Pinkaew yang terkenal dengan filem aksi Ong Bak.

Permulaan yang bagus, di mana ia berkisarkan tentang seorang pemuda bernama Kham, lakonan Tony Jaa, seorang keturunan asli Thai yang ditugaskan untuk menjaga harta diraja. Dalam dunia serba moden,  mereka lebih gemar untuk menjadi peladang yang memelihara dan menjaga gajah sebagai haiwan suci. Pada satu hari, bapa Kham dibunuh, serta gajah peliharaan mereka pula dibawa lari ketika bapa  Kham membawa gajah tersebut untuk dilihat oleh seorang raja.

tyg 2

Dipenuhi perasaan amarah dan dendam, Kham memutuskan untuk mendapatkan kembali gajah kesayangannya itu serta membalas semua perbuatan jahat mereka yang telah membunuh bapanya. Pada waktu ini, penonton mungkin akan merasa bosan dan keliru apabila plotnya menjadi kucar-kacir, watak-watak  mula hilang dan muncul kembali, dan secara tiba-tiba pula Kham telah diserang.

Mungkin ada di antara penonton akan menganggap bahawa jalan cerita filem ini tampak bodoh. Apabila Kham dikatakan berada di Sydney, namun hakikatnya beliau dan musuhnya masih ada di Thailand. Manakala, ia juga menampakkan kebodohan dan kenaifan polis Australia yang hanya menggunakan tali dan bukan gari untuk mengikat tangan penjahat. Ia sememangnya ‘cliché’ kerana sudah tentu mereka akan terlepas dengan senang.

tyg3

Namun, kami memuji aksi perlawanan yang ditampilkan dalam filem ini. Jika anda peminat tegar filem Ong Bak, anda akan dapat mengenal pasti di mana dalam filem tersebut corak perlawanan Tony Jaa kelihatan hampir sama. Walau bagaimanapun, dalam filem Tom Yum Goong 2, pengarah berjaya untuk menampilkan pelbagai aksi perlawanan yang hebat. Ini secara tak langsung, menggilap lagi bakat yang ada di dalam diri Tony Jaa.

About The Author

Related posts