November 20, 2019

Select your Top Menu from wp menus
Envato ad
Envato ad

Review Filem Longkai

longkai 1 765x510 - Review Filem Longkai

Filem Longkai, sebuah filem terbaru terbitan Metrowealth International Group (MIG). Ramai yang agak terkejut sebenarnya, kerana dua nama besar dalam industri hiburan tanah air, iaitu Faizal Hussein dan Erra Fazira menerajui filem tersebut. Sebelum ini, Erra pernah berlakon dalam filem terbitan MIG antaranya ialah Potret Mistik.

Sinopsis

Longkai menceritakan kisah  geng-geng (tonto) penarik kereta yang berebut untuk mendapatkan bisnes.  Pasangan adik beradik Eddie dan Bada( Faizal Hussein)  adalah geng longkai yang paling terkenal.  Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rimau, seorang wanita yang berjiwa kental. Dalam diam-diam Rimau(Dira Abu Zahar) menaruh hati pada Bada.

longkai 5
longkai 4

Biasalah dalam perniagaan, pasti akan ada persaingan ataupun musuh. Dalam filem ini, Mojo dan Bayam(Mikail Andre)  merupakan musuh tradisi Bada dan Eddie. Walaubagaimanapun, adik perempuan Bayam,iaitu Soraya(Wawa Zainal) telah bercinta secara senyap-senyap dengan Eddie, sekaligus ia ibarat menggali lubang kubur sendiri.

LONGKAI 3

Muncul pula, watak Zarina(Erra Fazira) dimana beliau sering mengunjungi bengkel Rimau. Sedikit-sebanyak, kehadiran Zarina telah mengubah hubungan Eddie dan Bada. Kemesraan Zarina dan Eddie juga telah mengundang perasaan cemburu dalam diri Rimau.

Mereka tidak tahu yang Mojo( Along Eyzendy) menyimpan perasaan dendam yang kuat terhadap geng Eddie. Mojo telah meminta bantuan daripada Naga(Zul Handyblack), seorang taiko terkenal untuk menghancurkan Eddie.

longkai 2

Pada pandangan kami, jalan cerita Longkai sudah baik. Namun, aksi yang ditampilkan dalam filem ini tidaklah seperti yang kami jangkakan. Kurangnya elemen aksi yang hebat mampu membuat penonton merasa bosan.

Ini juga mungkin pengaruh dimana, pihak MIG sebelum ini belum lagi menerbitkan sebuah filem yang hebat.

Walaubagaimanapun, kredit harus diberikan kepada pengarah Hashim Rejab, kerana cuba untuk menampilkan sesuatu yang baru berbanding sebelum ini. Percubaan pertama untuk menghasilkan sebuah filem aksi yang berat ini, tidaklah seteruk mana.
Jom layan trailer filem Longkai dibawah

Trailer filem Longkai

About The Author

Related posts