September 16, 2019

Select your Top Menu from wp menus
Envato ad
Envato ad

Review Filem Insidious 2

isd 1 691x1024 765x510 - Review Filem Insidious 2

Insidious 2,sebuah filem sambungan daripada Insidious dimana watak Renail Lambert yang dilakonkan oleh Rose Byrne, menemui jasad atau lebih tepat lagi mayat seorang wanita yang telah dibunuh. Roh wanita tersebut telah mengganggu mereka dan menampakkan seakan-akan suami Renail iaitu Josh sebagai pembunuh wanita tersebut.

isd 5

Walaubagaimanapun, dalam siri kedua filem ini, siasatan polis mendapati bahawa Josh tidak bersalah dan mereka tekad untuk memulakan hidup yang baru tanpa apa-apa gangguan atau masalah. Namun, mereka tidak mengetahui apa yang bakal mereka hadapi sekali lagi.

isd 4

Jika anda menonton Insidious siri pertama tiga tahun lepas, anda sedia maklum bahawa mereka mempunya seorang anak  bernama Dalton yang pernah berada dalam keadaan koma.

Di sini, pengarah James Wan, juga pengarah bagi filem seram terbaik 2013 The Conjuring, membawa anda merungkai semula sejarah dan beberapa babak atau flashback pada siri pertama filem Insidious. Jadi kepada anda yang ingin menononton siri kedua filem ini, kami nasihatkan anda untuk tonton Insidious yang pertama dahulu, jika tidak anda mungkin agak keliru ataupun tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya.

isd 2

Berbalik kepada plot filem ini, nampaknya makhluk yang sering mengganggu mereka dahulu muncul kembali untuk merasuk mereka. Josh yang tidak tahan lagi dengan semua gangguan yang di alami, mencari punca atau asal usul makhluk yang ingin menghancurkan hidup mereka sekeluarga.

isd 3

Mereka mengumpul informasi dari sebuah rumah usang ke hospital dan tempat-tempat lain.

Kalau anda ingin tahu kisah selanjutnya, Insidious 2 akan ditayangkan pada 17 Oktober 2013, hari ini.

Kami amat mengesyorkan anda untuk menonton filem ini, kerana ia mempunyai elemen seram dan jalam cerita yang menarik. Namun, anda jangan pula terbawa-bawa dengan filem The Conjuring ya.

About The Author

Related posts