September 16, 2019

Select your Top Menu from wp menus
Envato ad
Envato ad

Review Filem Escape Plan

escape plan 2 765x510 - Review Filem Escape Plan

Filem Escape Plan, menyaksikan dua legenda filem Arnold Schwarrzenegger dan Sylvester Stallone bergabung tenaga dalam sebuah filem aksi.

Sylvaster Stallone memegang watak  sebagai Ray Breslin, seorang pakar dalam sistem keselamatan penjara.  Keluar masuk penjara bukanlah perkara yang ganjil dalam hidupnya, namun motif sebenar beliau adalah untuk mengkaji dan mencari kelemahan pada sistem keselamatan penjara.

Plot filem ini bermula, apabila Breslin diupah untuk menguji sebuah sistem keselamatan di sebuah penjara swasta yang direka untuk menempatkan penjahat yang paling kejam.

Breslin dibawa ke tempat yang asing,  yang beliau sendiri tidak pasti di mana. Breslin juga tidak dibenarkan membawa apa-apa alatan mengesan keberadaannya. Memasuki penjara tersebut, Breslin sedar yang ia bukan seperti penjara-penjara lain yang beliau kaji.

escape plan 1

Pada masa ini, watak Arnold Schwarzenegger mula muncul, Swan Rottymayer merupakan seorang rakan baru yang cuba membatu, walaupun hanya ketika  Berslin berlawan. Padanya, cara Breslin itu dianggap lemah dan tidak tegas.

Walaubagaimanapun, filem ini tidaklah se ‘cliché’ filem aksi lain di mana kita boleh mengagak apa yang akan terjadi seterusnya.

Penonton akan dapat merasakan bahawa  gabungan Arnold dan Sylvaster memang menjadi. Kimia di antara mereka tidak dapat dinafikan yang terbaik dari aktor lain. Lakonan yang mantap, dan tampak selamba itu mampu menggamit minat penonton.  Filem ini juga dapat melihat, Arnold bertutur dalam bahasa German, di mana dia kelihatan sangat fasih dan tidak kekok.

escape plan 3

Mungkin masa tayangan filem ini agak lama, namun ianya mempunyai tarikannya tersendiri.

Pada pandangan kami di Truestory, anda harus menonton filem ini. Dua lagenda filem yang hebat beraksi , ditambah pula dengan jalan cerita yang baik ia berbaloi untuk anda menontonnya.

About The Author

Related posts