November 20, 2019

Select your Top Menu from wp menus
Envato ad
Envato ad

Nik Mohamad Abduh Jelas Doktor Minta Kurangkan Pelawat Nik Aziz

Nik Aziz Kelantan 765x510 - Nik Mohamad Abduh Jelas Doktor Minta Kurangkan Pelawat Nik Aziz

Doktor yang merawat  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai agar dapat mengurangkan lawatan bagi memberinya keselesaan untuk menjalani rawatan.

Anaknya Nik Mohamad Abduh berharap mereka yang tidak dapat melawat bapanya tidak berkecil hati dan sabar sehingga tahap kesihatan ayahnya kembali pulih.

“Pihak doktor meminta supaya dikurangkan jumlah lawatan untuk memberi keselesaan kepadanya. Saluran pernafasan masih tidak boleh dipisahkan kerana ayahanda masih lemah tanpanya.

Harapan kami sekeluarga, semua pihak tidak berkecil hati jika tidak mendapat keistimewaan (untuk melawat bapanya). Sihat nanti, anda semua adalah VIP kami Insya-Allah.”

Nik Mohamad Abduh berkata bapanya mengalami batuk selepas menerima kunjungan orang ramai, justeru pelawat hanya diizinkan untuk melihatnya dari luar bilik rawatan bagi mengelak jangkitan.

Nik Abdul Azizdimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana kesihatannya merosot ketika berlaku banjir baru-baru ini, selain beliau menghidap kanser prostat.

About The Author

Related posts