October 15, 2019

Select your Top Menu from wp menus
Envato ad
Envato ad

Lenovo Y40-80 Mula Ditawarkan Di Malaysia

alexandre debieve FO7JIlwjOtU unsplash 765x510 - Lenovo Y40-80 Mula Ditawarkan Di Malaysia

Pihak Lenovo telah menawarkan komputer riba terbaru mereka iaitu Lenovo Y40-80 yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi kelima terkini.

Komputer riba ini memfokuskan kepada “gaming” dan turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 14 inci serta resolusi 1920×1080 piksel yang mampu memberikan kepuasaan ketika bermain permainan komputer.

Selain daripada itu, ia menggunakan cip Intel Core i7 2.5Ghz Turbo Boost, kad grafik AMD Radeon R9 M275 4GB DDR5, memori 8GB SDRAM DDR3L, ruangan storan 1TB HDD+8GB SSHD dan menggunakan sistem operasi Windows8.1.

Komputer riba Lenovo Y40-80 dijual pada harga RM2999 dan terdapat beberapa ciri tambahan lain pada peranti ini seperti sokongan audio JBL Dolby Home Theather V4 dan HDMI.

About The Author

Related posts