zakarr - Lelaki Berang Beli Alat Besarkan Zakar Tetapi Terima Kanta Pembesar

Lelaki Berang Beli Alat Besarkan Zakar Tetapi Terima Kanta Pembesar

Kami pun tidak tahu jika ingin merasa kasihan ataupun ia sesuatu yang agak lawak.

Seorang lelaki merasa berang apabila alat yang dibeli olehnya secara atas talian bagi membesarkan saiz zakarnya, sekadar mampu membuatnya tampak lebih besar tanpa sebarang perubahan dari segi fizikal.

Lelaki tersebut yang telah membelanjakan wang sejumlah RM450 hanya menerima sebuah kanta pembesar.

Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA iaitu Michael Chong, lelaki dari Seri Kembangan itu telah menjadi mangsa penipuan atas talian.

“Apabila menerima bungkusan, dia terkejut apabila mendapati kanta pembesar di dalamnya.”

Peguam Alex Kok pula berpendapat bahawa pelanggan yang tertipu dan mahu menyaman penjenayah atas talian akan merasakan ia sesuatu yang sukar apabila transaksi seperti itu menimbulkan keraguan.

“ Ia jadi lebih sukar apabila tiada bukti pembelian seperti resit. Kami tidak tahu bagaimana atau di mana untuk saman mereka.”