adam fiza 1024x759 - Baru Menikah, Rumah Tangga Adam Af dan Fiza Elite Goyah?

Baru Menikah, Rumah Tangga Adam Af dan Fiza Elite Goyah?

Menerusi sebuah ruangan hiburan akhbar tempatan semalam, rumah tangga yang baru dibina pasangan Adam Af dan Fiza Elite dikatakan sedang goyah ekoran berlakunya sebuah pergaduhan besar diantara mereka.

Adam dikatakan cemburu apabila isterinya itu secara tidak sengaja bertemu dan berbual sebentar bersama bekas kekasih di sebuah stesen minyak. Perkara ini menjadi lebih serius apabila Adam mula mengungkit kisah lama dan Fiza pula mula meninggi suara.

Hari ini, Adam menafikan bahawa tiada sebarang pergaduhan besar yang berlaku dan rumah tangga mereka tidak goyah seperti yang dilaporkan

adam fiza 4 - Baru Menikah, Rumah Tangga Adam Af dan Fiza Elite Goyah?

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan —sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihati isteri saya,” ujar Adam AF yang turut menafikan isterinya itu meninggi suara dengannya.

Adam juga seakan tidak rela dengan berita yang ditulis oleh penulis akhbar tersebut dan mempersoalkan kenapa hal rumahtangga mereka perlu dihebahkan.

Adam and fiza - Baru Menikah, Rumah Tangga Adam Af dan Fiza Elite Goyah?

“Saya tidak redha dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan.”

Kami tidak pasti dari mana penulis akhbar tersebut mendapat berita seperti ini. Iyalah, sampai hal begini beliau tahu dengan terperinci pula. Heh?