September 16, 2019

Select your Top Menu from wp menus
Envato ad
Envato ad

Bahagian 1 : Kisah Seram Aku Di Apartment 13A

seram 765x510 - Bahagian 1 : Kisah Seram Aku Di Apartment 13A

Bahagian 1 : Kisah Seram Aku Di Apartment 13A – Aku Lisa, seorang graduan yang baru sahaja memulakan kerja sebagai seorang penulis biasa di sebuah syarikat akhbar tempatan. Pengalaman seram aku bermula apabila aku menyewa sebuah apartment berdekatan dengan tempat kerja ku pada awal bulan lalu.

Baru sahaja memulakan kerja, tentu sekali aku ingin mencari sebuah tempat yang murah sewanya lebih-lebih lagi jika hidup di kota metropolitan yang kos sara hidupnya tinggi. Satu hari sedang aku melayari sebuah laman web hartanah, aku terjumpa dengan sebuah iklan yang menarik perhatianku, fikirku dalam hati “Aha! Akhirnya jumpa juga rumah yang dekat dengan tempat kerja, sewa murah pulak tu.” Lebih menarik lagi keadaan rumah itu serba lengkap dengan perabot dan berdekatan  dengan stesen transit LRT, tanpa membuang masa lagi aku terus menelefon Encik Tan pemilik rumah tersebut. Aku terus menetapkan masa untuk berjumpa dengan Encik Tan, melihat sendiri keadaan rumah itu dengan mata aku sendiri.

Keesokan harinya aku bertemu dengan Encik Tan, melihat keadaan rumah sewa itu aku terus  bersetuju untuk menyewanya, aku berpindah pada hujung minggu dengan pertolongan beberapa rakanku untuk mengangkat barang-barang aku ke rumah baru. Semuannya berjalan dengan baik, aku seperti biasa menjalankan tugas aku, pergi kerja balik kerja pulang ke rumah semuanya normal. Sehinggalah, satu malam di mana aku takkan lupakan sepanjang hidup aku.

Kehidupan sebagai seorang penulis memang memerlukan aku untuk membuat kajian dan mengumpulkan maklumat hingga lewat malam. Ketika sedang asyik aku  membuat kajian di hadapan komputer di ruang tamu, aku tersentak seketika apabila terdengar dentuman yang kuat di pintu rumahku. Pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Aku mengendahkan bunyi itu, buat seketika keadaan menjadi sunyi sepi, tiba-tiba kipas pula terhenti ‘’Ah sudah! Kenapa lak kipas ni tiba-tiba berhenti ni, janganlah main-main dengan aku! Aku tak kacau kau pun kan”.

Dalam hati aku sudah merasa sedikit takut, peluh mula menitis dan jantungku berdegup laju. Aku cuba untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang aku tahu. “Alhamdullillah, takde apa-apa dah” kataku dan aku terus sahaja menyiapkan kerjaku.

Aku terus menuju ke bilik dan naik atas katil untuk tidur, malam itu entah kenapa aku merasa gelisah seakan ada ‘benda’ yang menghempap badanku, aku merasa panas yang amat sangat. Tiba-tiba, kaki aku ditarik kuat. Aku terus terbangun dari katil, keadaan menjadi lebih teruk apabila aku mendengar seakan suara seorang wanita sedang menangis, suaranya sayup dalam dingin malam. Kedengaran dia seperti meminta tolong . “Eh! suara siapa pulak tu?” bisik ku dalam hati.

Aku menguatkan diri untuk menuju ke ruang tamu dan mengenal pasti dari mana datangnya tangisan itu. Alangkah terkejut diriku melihat apa yang sedang berada di depan ku, sepanjang hidupku tak pernah aku melihat sesuatu seperti ini dan kalau boleh memang aku tidak mahu melihatnya, badanku kaku, lidahku kelu tidak dapat berkata apa-apa!.

Bersambung di Bahagian 2 : Kisah Seram Aku Di Apartment 13A

About The Author

Related posts