4 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Terdapat beberapa tempat yang sinonim dengan kisah seram mereka tersendiri. Ia sekaligus melabelkan tempat tersebut sebagai tempat paling seram di Malaysia.

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan tempat-tempat tersebut seram, antaranya ialah kes runtuhan bangunan, tempat pemujaan, tempat berlakunya kes pembunuhan dan banyak lagi.

Berikut adalah 4 tempat paling berhantu di Malaysia.

HIGHLAND TOWER KUALA LUMPUR

highland tower - 4 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Highland Tower di Kuala Lumpur satu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami golongan elite dan profesional.

Namun,sebuah tragedi yang tidak disangka-sangka berlaku pada tanggal 11 December 1993 dimana blok 1 apartment tersebut telah runtuh dan meragut nyawa penghuni di blok terbabit.

Walaubagaimanapun, hanya segelintir mayat yang dijumpai dan selebihnya masih terkubur di sana.

LEBUHRAYA KARAK

karak - 4 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

Dalam banyak-banyak lebuhraya di Malaysia,mengapa Lebuhraya Karak yang berhantu?

Antara sebabnya adalah keadaan jalan di Lebuhraya Karak itu sendiri, keadaan jalannya yang berkabus menimbulkan suasana seram terutama di waktu malam.

Terdapat banyak kemalangan yang berkali di lebuhraya tersebut. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

Kisah seperti kehadiran sebuah kereta Volkswagen berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

AMBER COURT APARTMENT GENTING HIGHLAND

amber court - 4 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini.

Antara gangguan yang diterima oleh mereka yang pernah menginap di Amber Court :

  • Tv terpadam dan terbuka sendiri
  • Orang bertukang malam-malam
  • Perempuan mengilai
  • Budak menangis
  • Perempuan memanggil
  • Dengar bunyi tapak kasut dari luar
  • Pintu diketuk
  • Terasa diperhatikan

BANGLO MONA FANDEY

mona fendy - 4 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.